Sabtu, 20 Februari 2016

KARANGAN LAPORAN

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehendaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 19 Mei 2012 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.
Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.
Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

DilaporkanOleh,                                                                       20 Mei 2012.
MuhdIzzat                       
 (MUHAMMAD IZZAT NASEER)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara.

Rabu, 10 Februari 2016

Karangan-Surat Kiriman Rasmi

Karangan- Autobiografi

Saya mempunyai basikal berjenama "Vintage Le Run".Basikal itu hadiah daripada ayah sempena hari lahir saya yang kesembilan.Kata ayah, harga basikal itu RM300.

Saya amat sayang akan basikal saya itu.Pada waktu petang, saya menggunakan basikal itu ketika bermain di halaman rumah.Kadang-kadang tubuh saya berpeluh apabila kerap mengayuh basikal berwarna kuning itu.

Kadang-kadang adik saya, Ammar meminjam basikal tersebut.Saya bertolak ansur dengan membenarkan adik saya menggunakannya, tetapi memintanya berhati-hati ketika mengayuh.Selepas digunakan, basikal itu akan saya letak di dalam garaj rumah.

Sudah dua kali tayar basikal saya pancit kerana terlanggar benda tajam.Ayah menghantar basikal itu ke kedai untuk dibaiki.Ayah selalu berpesan agar saya cermat menggunakan basikal agar boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Sekali-sekala saya dan ayah berbasikal mengelilingi taman perumahan.Sambil mengayuh, saya dapat melihat persekitaran taman perumahan yang bersih dan cantik.Walaupun terasa letih, tetapi saya berasa puas.

Saya akan memastikan basikal saya sentiasa dalam keadaan baik.Oleh hal demikian, saya sentiasa menjaga basikal saya.Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan memiliki basikal yang lebih besar.


--------------------------------------------------------TAMAT-------------------------------------------------------


FACEBOOK: akmal syahmi badrul hisham

INSTAGRAM;akmalsyahmo

TWITTER:akmalsyahmi7

Ahad, 7 Februari 2016

Karangan UPSR- Sambutan Hari Lahirku Yang Kesepuluh.

     Setiap 22 Julai, bermakna usia saya bertambah lagi setahun.Saya tidak pernah menyambut hari lahir besar-besaran.Biasanya pada hari tersebut ayah dan ibu hanya akan membeli kek dan hadiah.

     Pada tahun ini ayah mahu mengadakan sambutan hari lahir yang agak besar sedikit.Lalu, saya mengedarkan kad jemputan kepada rakan-rakan semiggu sebelum tarikh tersebut.Ayah dan ibu juga mengudang sepupu saya.

     Pada hari sabtu jam 3.00 petang, rakan-rakan mula tiba di rumah saya.Apabila sudah ramai datang, saya memulakan majlis dengan meniup lilin dan memotong kek.Rakan-rakan menyanyikan lagu "SELAMAT PANJANG UMUR".

     Ayah kemudiannya, menyampaikan ucapan dan mengharapkan saya rajin belajar dan menjadi anak yang baik.Saya hanya menganguk mendengar kata-kata itu.Selepas itu, rakan- rakan menghulurkan buah tangan yang dibawa dari rumah.

     Bagi mengisi masa yang terluang, berbagai-bagai acara telah diadakan.Rakan-rakan tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara rebut kerusi,teka-teki, dan meniup belon. Mereka yang memenangi acara yang dipertandingkan akan diberikan hadiah.

     Acara berakhir pada pukul 6.00 petang. Suasana amat meriah sepanjang acara dijalankan.Saya amat gembira kerana acara yang ayah dan ibu uruskan berjalan dengan baik.Sebagai balasan, saya berjanji kepada mereka akan belajar bersungguh.

Ahad, 23 Ogos 2015

INTISARI SURAH AL-MAUN

Dalam surah ini Allah menjelaskan ciri-ciri orang yang mendustakan agama yang mesti kita jauhi,iaitu:
»Bersikap kasar dengan anak yatim«
»Tidak menggalakkan orang lain memberi makanan kepada fakir miskin«
»Lalai dan cuai melakukan ibadah solat«
»Suka menunjuk-nunjuk kebaikan yang mereka lakukan«
»Enggan menghulurkan bantuan kepada orang lain«

Instagram:akmalsyahmo
Facebook:Akmal Syahmi Badrul     Hisham

Sabtu, 23 Ogos 2014

Contoh Karangan UPSR Dialog


Amir:
Selamat pagi Hasif.
Hasif:
Selamat pagi. Eh, rupanya awak Amir!
Amir:
Awak dah makan? Apa yang sedang awak fikirkan?
Hasif:
Sudah. Saya sedang memikirkan kerja rumah yang bertimbun ni. Hari ini cikgu beri yang lain pula. Yang semalam pun tak siap lagi. Apakah yang harus saya lakukan?
Amir:
Oh, itu yang awak fikirkan! Latihan-latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Jangan amalkan sikap suka bertangguh kerana �Bertangguh Pencuri Masa�.
Hasif:
Oh, begitu! Awak tahu, kadang-kadang saya rasa kerja rumah ni membebankan.
Amir:
Jangan begitu. Sebenarnya kerja rumah yang cikgu beri tu banyak faedahnya.
Hasif:
Boleh awak beritahu apakah faedahnya?
Amir:
Banyak. Salah satunya ialah kita dapat mengisi masa lapang. Masa Itu Emas. Jadi, masa yang terluang dapat dipenuhkan dengan membuat kerja rumah. Hal ini menggalakkan kita menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
Hasif:
Oh, begitu! Apakah faedah yang lain selain daripada mengisi masa lapang?
Amir:
Kerja rumah juga menggalakkan murid-murid mengulangkaji pelajaran mereka. Dengan membuat banyak latihan, secara tidak langsung membolehkan murid-murid memahami sesuatu tajuk dan mengingati formula-formula penting.
Hasif:
Kalau begitu, saya berjanji akan membuat kerja yang diberi dan tidak akan menangguhkannya lagi.
Amir:
Baguslah kalau awak dah faham. Ini kerana kerja rumah yang diberikan oleh guru itu dapat membantu kita untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan jika kita rajin membuatnya.
Hasif:
Terima kasih kerana sudi berkongsi idea. Loceng dah berbunyi. Mari kita masuk ke kelas.
Amir:
Sama-sama. Marilah.

Contoh Karangan UPSR Cerita


     Cikgu Azlan memperkenalkan dirinya. Kemudian, beliau meminta murid-murid memperkenalkan diri mereka dan menyatakan pekerjaan bapa masing-masing. Azmi gelisah. Tentu dia akan ditertawakan oleh rakan-rakannya lagi.

     Seorang demi seorang murid Tahun Enam Gigih memperkenalkan diri mereka. Azmi semakin resah dan kecut perut. Kini, sampailah pula gilirannya.

     "Nama saya Azmi bin Atan. Saya tinggal di Kampung Duri. Saya anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa saya bekerja sebagai ...." Azmi tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dadanya berdebar-debar, mukanya pucat lesi. Gelak ketawa rakan-rakannya memenuhi ruang kelas. Cikgu Azlan terpaksa menenangkan Azmi dan menyuruh murid-muridnya senyap.

     "Mengapakah kamu semua ketawa?" tanya Cikgu Azlan.

     "Bapa Azmi bekerja sebagai tukang sabit rumput dari rumah ke rumah, cikgu. Kalau rumput di halaman rumah cikgu sudah panjang, cikgu boleh suruh Azmi memberitahu ayahnya supaya menyabit rumput di rumah cikgu," kata seorang rakannya sambil menekan-nekan perut menahan diri daripada ketawa.

     Cikgu Azlan menegur sikap murid-murid itu. Katanya, mereka tidak boleh memandang hina terhadap pekerjaan seseorang. "Mulia dan hina seseorang tidak terletak pada pekerjaan dan kecantikan tetapi pada hati dan budi pekertinya. Kamu juga tidak harus mentertawakan Azmi."

     Cikgu Azlan turut menasihati Azmi supaya bersyukur mempunyai ayah yang sanggup bekerja keras untuk menyekolahkannya. Ayahnya bekerja sebagai tukang sabit rumput untuk mencari rezeki yang halal bukan menjadi pencuri.

     Azmi menangis teresak-esak. Dia benar-benar insaf dan mengesali sikap rakan-rakannya kerana memandang hina akan pekerjaan ayahnya. Sekarang dia tidak malu lagi jadi anak kepada tukang sabit rumput. Dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarganya dan membalas jasa ibu dan bapanya.

CONTOH MESEJ DI DALAM YAHOO







      Kepada sahabatku yang berada di Sarawak. Apa khabar saudara? Semoga saudara dan ibu serta ayah saudara sihat sejahtera. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang permainan tradisional dalam masyarakat Melayu Kelantan sebagai bahan untuk buku skrap Bahasa Melayu sebagaimana yang dikehendaki oleh guru saudara.

Saudara,

      Sebagai pengetahuan saudara, masyarakat Melayu Kelantan pada zaman silam ialah masyarakat petani. Mereka mengusahakan pertanian terutamanya padi secara tradisional. Mereka menanam padi sekali sahaja dalam tempoh setahun. Untuk mengisi masa yang terluang di samping menghiburkan hati yang walang, mereka berpakat mengadakan pelbagai jenis permainan mengikut kecenderungan masing-masing selepas aktiviti menuai padi.

      Antara permainan tradisional yang amat digemari ialah rebana ubi, kertuk, dikir barat dan galah panjang. Di Kelantan, permainan galah panjang dikenali sebagai coh. Permainan ini dimainkan selepas Solat Isyak, ketika malam bulan purnama. Mereka berkumpul untuk melihat ahli keluarga atau jiran mereka yang mengambil bahagian dalam permainan itu.

      Permainan rebana ubi dan kertuk hampir sama tetapi rebana ubi lebih besar. Permainan galah panjang tidak memerlukan alat muzik tetapi memerlukan tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Manakala dikir barat menggunakan pelbagai jenis alat muzik seperti gendang, tetawak dan canang. Walau bagaimanapun, tukang karut dan juara memainkan peranan yang penting untuk menghiburkan penonton.

      Kadang-kala permainan ini diadakan pertandingan antara kampung yang berjiran. Para penonton kedua-dua belah pihak memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Mereka juga bertindak sebagai pengadil. Keputusan pertandingan secara bersama itu memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak dalam suasana muhibah.

      Permainan ini tamat hampir dinihari. Walaupun pada waktu itu ayam jantan telah berkokok berkali-kali namun para penonton berasa terhibur. Segala penat lelah ketika mereka bekerja pada waktu siang sudah tidak terasa lagi.

Faris bin Muhammad

Pasir Mas, Kelantan

Contoh Karangan UPSR Surat Kiriman Rasmi



Persatuan Seni dan Visual,
Sekolah Kebangsaan Padang Titi,
62100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tuan Pengurus,
Syarikat Batik Sri Mas,
15000 Kota Bharu,
KELANTAN DARUL NAIM.
23 JULAI 2003.

Tuan,

Kebenaran Melawat Kilang Batik Sri Mas

Sukacita dimaklumkan bahawa, dalam mesyuarat Persatuan Pendidikan Seni dan Visual yang lalu, kami telah bersetuju untuk melawat kilang batik syarikat tuan.

2.     Sehubungan itu, besarlah harapan kami jika pihak tuan bersetuju dengan rancangan kami tersebut.

3.     Butiran lawatan kami adalah sebagaimana berikut :

Tarikh:20 Ogos 2003
Masa:2.00-5.00 petang
Peserta:45 orang murid
4 orang guru pengiring

4.     Lawatan tersebut adalah sebagai memenuhi aktiviti tahunan persatuan ini di samping dapat mendedahkan murid-murid tentang cara-cara menghasilkan batik.

5.     Besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat memberi jawapan secepat mungkin agar kami dapat mengambil tindakan seterusnya.

6.     Atas kerjasama dan pertimbangan pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

    
(MARINI MOHAMMAD)
Setiausaha Seni dan Visual,
Sekolah Kebangsaan Padang Titi.

Contoh Karangan UPSR Surat Rasmi


Sekolah Kebangsaan Parit Lima




30 JUN 2004.
Semua Ibu Bapa / Penjaga,

Nama Anak / Anak Jagaan:Syafik Bin Rusli
Tahun:6 Bestari
Nama Guru:Puan Hasnah Bt Ismail

Tuan / Puan,
Hari Mengambil Buku Laporan ADAB Belajar

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2004 telah selesai dijalankan pada 23.6.2004. Dengan itu tuan/puan dijemput datang ke sekolah pada tarikh dan masa berikut untuk membincangkan keputusan peperiksaan dan perkara-perkara yang berhubung dengan pelajaran anak tuan / puan serta menandatangani buku laporan ADAB Belajarnya dengan guru kelas masing-masing.

Tarikh:12 Julai 2004
Masa:10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat:Bilik darjah anak tuan / puan

2.    Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan ibu bapa / penjaga dengan guru di samping bersama-sama berusaha untuk meningkatkan pencapaian anak tuan/puan dalam bidang akademik.

3.    Kerjasama dan kehadiran tuan/puan sangat-sangat dihargai.

Sekian.

Yang menurut perintah,


(ZULKHAIRI YAZID)
Guru Besar.

Contoh Karangan Ucapan

  Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pencadang dan rakan-rakan seperjuangan. Tajuk perbahasan kita hari ini ialah 'Barang Luar Negara Lebih Baik Daripada Barangan Tempatan'. Saya sebagai pembangkang pertama membangkang tajuk di atas.

Hadirin yang dihormati,

      Cubalah kita renungkan sejenak, mengapakah kita lebih gemar membeli barangan luar negara? Adakah disebabkan harganya mahal, maka barangan itu bermutu tinggi?

      Kita semua tahu bahawa barangan luar negara lebih mahal harganya berbanding dengan barangan tempatan. Hal ini demikian kerana barangan itu telah dikenakan cukai import oleh kerajaan. Dengan itu, jelas terbukti bahawa harga mahal  bukan bermakna mutunya yang baik. Bagaimanapun masyarakat masih menganggap setiap yang mahal itu bermutu.

      Mutu barangan luar negara tidak terjamin dari segi ketulenan dan ketahanannya. Barangan di dalam negara diperbuat daripada bahan mentah yang baik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan itu, mutu barangan tempatan bukan sahaja setanding, malahan mengatasi mutu barangan luar negara.

      Justeru, saya mengajak saudara semua marilah kita  beralih kepada barangan tempatan kerana mutunya lebih baik dan harganya berpatutan. Belilah barang-barang tempatan untuk menyokong ekonomi negara kita sendiri.

Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan UPSR Laporan


Laporan Lawatan ke Muzium Negeri Perak

     Pada 20 Jun yang lalu, bersamaan hari Ahad, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Mukim Lima, Ipoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Perak. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid itu diiringi oleh empat orang guru pengiring.

     Rombongan kami sampai di pekarangan muzium pada kira-kira jam 10.00 pagi iaitu setelah satu jam perjalanan. Seorang wakil dari muzium telah menyampaikan sedikit taklimat berkenaan muzium tersebut. Pada mulanya, kami telah dipertontonkan dengan tayangan Sejarah Negeri Perak. Kami diberi penerangan tentang sejarah negeri Perak.

     Selepas mengetahui serba-sedikit tentang negeri Perak, kami dibawa pula ke galeri sejarah. Di situ, kami berkesempatan melihat barang-barang sejarah. Pelbagai barang dipamerkan, antaranya ialah senjata zaman dahulu, pakaian, peralatan memasak dan pelbagai lagi barang kegunaan zaman dahulu.

     Tepat jam 2.00 petang, rombongan kami telah berada di dalam perut bas untuk lawatan seterusnya. Lawatan kami berakhir dengan kegembiraan dan berharap tujuan lawatan untuk memberi kesedaran sejarah kepada pelajar tercapai.

Disediakan oleh,

26 JUN 2002.
   
(NIRMALA NAINA)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Mukim Lima.

About Cat

    Cats are very common in homes of pet lovers. It is easier to look after a cat than any other pets.

      The cats like all domesticated animals like to have the companionship and affection of humans.

      The stray cats that are found around the housing estates and on the streets are ordinary cats. They are called alley cats.

      Cats that are carefully bred for sale are very expensive. These are called pedigree cats. A pedigree has a birth certificate which shows the records of its parents.

      Pedigree cats are divided into two classes - the short haired and the long haired breeds. The Burmese and Siamese cats are the short haired breeds whereas the Persian cats and the Himalayan cats are the long haired breeds.

      However if you want to have a cat for a pet, it does not matter whether it is an alley cat or pedigree. The most important is that you get your pet from a clean place and make sure that your cat is healthy.

      We must send our cat to the veterinarian for inoculation against cat flu.

About Monkeys

    There are two types of monkeys. They are the New World monkeys and the Old World monkeys.

      The New World monkeys live in Central and South America. The Old World monkeys live in Africa and Asia. Unlike the Old World monkeys, The New World monkeys have broad noses. Most of these monkeys have grasping tails. Their tails help them to grip branches and swing from tree to tree.

      The Old World monkeys have longer noses and their eyes are closer together. The largest group of these monkeys are found in Asia, Northern Africa and parts of Europe.

      Monkeys usually move in groups to search for food. They eat young leaves and fruits. However, when they are hungry they may even eat insects, birds, eggs and small reptiles.

Contoh Karangan UPSR Autobaiografi Kegunaan Batik

   Batik merupakan hasil seni yang terkenal di Malaysia. Batik amat sinonim dengan negeri Kelantan kerana negeri tersebut merupakan pengeluar batik utama di negara ini. Perusahaan batik ini telah turun-temurun diwarisi oleh masyarakat Kelantan.

      Perusahaan batik di negeri Kelantan banyak tertumpu di sekitar bandar Kota Bharu. Terdapat dua jenis batik, iaitu batik lukis dan batik tekap. Batik lukis dihasilkan melalui corak yang dilukis menggunakan canting dan lilin. Manakala batik tekap pula dihasilkan menggunakan alat khas yang terdiri daripada beberapa jenis corak.

      Pada masa kini, pemakaian batik biasanya dikaitkan dengan golongan berada. Batik juga dipakai semasa majlis-majlis rasmi yang melibatkan orang-orang kenamaan. Oleh yang demikian, harga yang ditawarkan untuk baju batik agak tinggi berbanding dengan harga baju-baju yang biasa dipakai.

      Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan batik kepada masyarakat dunia dengan mengadakan kempen, menganjurkan pameran dan mengeksport batik ke luar negara. Melalui pendekatan ini diharap batik akan menjadi salah satu sumber ekonomi yang mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada negara.

Contoh Karangan UPSR Autobaiografi

  Budaya membeli pakaian berjenama bukanlah suatu perkara baru dalam masyarakat. Perkembangan ini sudah menjadi ikutan khususnya golongan remaja yang terikut-ikut dengan perkembangan fesyen dan tidak keterlaluan lambat-laun akan menimbulkan masalah moral yang memeningkan kepala ibu bapa. Meskipun pelbagai kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan masyarakat membeli barang-barang tempatan tetapi tidak berjaya. Selagi pemikiran individu masih beranggapan bahawa pakaian yang berjenama dari luar negara lebih berkualiti, maka kempen ini tidak mencapai sasaran.

      Kempen membeli barang-barang tempatan ini bertujuan untuk meningkatkan industri barang-barang tempatan dan langkah penjimatan wang. Kita perlu sedar bahawa Malaysia pada masa kini menghasilkan barangan bermutu seperti barangan kilang, elektrik, perhiasan, makanan dan termasuk pakaian. Ramai orang tidak sedar bahawa barangan import itu sebenarnya setanding dengan barangan yang dikeluarkan oleh negara kita.

      Sikap pengguna yang memandang rendah terhadap barangan negara sendiri perlulah dibuang kerana mutu barangan Malaysia memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Golongan ini lebih berbangga dengan barangan import dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi kerana terpengaruh dengan iklan yang mementingkan gaya hidup moden. Sikap biar papa asalkan bergaya ini perlu dikikis. Selagi golongan ini tidak mengubah sikap, selagi itulah kempen-kempen ini tidak mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu, kesedaran rakyat sangat penting untuk meneruskan kelangsungan industri tempatan.

      Kerajaan seharusnya memperketatkan syarat kemasukan barangan import ke negara kita. Kaedah ini juga adalah untuk melindungi industri tempatan dan tidak membiarkannya menghadapi persaingan hebat dengan barangan import. Di samping itu, mutu barangan tempatan hendaklah dikawal. Pengeluarannya juga perlu ditambah dengan harga yang berpatutan. Dengan itu, barulah kita dapat menawan hati para pelanggan tempatan.

Contoh karangan upsr temu duga terbuka





Contoh Karangan UPSR Ucapan

   Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, guru besar, panel hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah 'Faedah Bersukan'.

Hadirin yang dihormati,

     Kita sedia maklum bahawa bersukan banyak memberi manfaat kepada kita. Antara faedah bersukan ialah dapat menyihatkan badan. Badan kita akan menjadi cergas. Apabila badan cergas, kita akan terhindar daripada penyakit. Darah juga akan beredar dengan lancar.

     Di samping itu, otak kita akan menjadi cerdas. Apabila otak cerdas, kita dapat menerima pelajaran yang diajar dengan baik. Prestasi dalam pelajaran juga akan meningkat.

     Bersukan juga dapat mengisi masa yang terluang. Dengan ini, kita dapat menghindarkan diri daripada anasir-anasir yang tidak baik.

     Selain itu, kita tidak akan mudah berasa bosan apabila melibatkan diri dalam sukan. Jika banyak kegiatan sukan yang diceburi, kita akan lebih berasa bersemangat. Kita juga akan sentiasa ceria dan gembira. Antara kegiatan yang boleh kita ceburi ialah bermain bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan lain-lain.

     Setakat ini sahaja syarahan saya. Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya tegaskan betapa pentingnya kegiatan sukan kepada kita.

Sekian, terima kasih.

uses of banana leaves

   Many types of local cakes are wrapped in banana leaves. Some are wrapped before they are cooked and some are wrapped after they are cooked. The lepat pisang, lepat pulut, lopis, pulut panggang and kuih bakul are wrapped and cooked in banana leaves.The nasi lemak tastes better and has nicer aroma when wrapped in banana leaves. Lemang is also cooked inside a length of bamboo lined with banana leaves.

      Long ago, when there were no umbrellas or raincoats, people used banana leaves to protect themselves from the rain. Today, you can sometimes see the Orang Asli and villagers using banana leaves on rainy days.

      Banana leaves are easily available because the plants are found everywhere in the countryside. They grow very well in our climate. The leaves are cut and washed before they are used to wrap the food.

      To some people, eating from a banana leaves gives the food a better flavour compared to eating from plates. To experience this feeling, you can go to go any Indian restaurants and treat yourself to a meal of rice and curry served on a piece of banana leaves.

Diary


Syahmi diary's
20 September (Saturday)


8.00 a.m.Started the journey to Grandma’s house. Father drove us in his new car. We were very excited to visit Grandma’s orchard.
9.30 a.m.At last, we arrived at Grandma’s house. Both Grandma and Grandpa  were waiting for us at the gate. They were smiling happily.
9.45 a.m.Grandma had prepared her delicious nasi dagang. We sat in her kitchen and enjoyed our meal. Grandpa was waiting anxiously to take us to the orchard.
10.30 a.m.Idham, Father and I walked with Grandpa to the orchard. Mum and Zulaika preferred to stay with Grandma. There were many rambutan, langsat and mangosteen trees. Grandpa brought a long pole with a knife tied at the end of it to cut down the fruits.There were many durians on the ground because they had fallen down during the storm the night before.    
1.00 p.m.It was getting quite hot. We decided to return to Grandpa’s house.  Grandma, Mum and Zulaika were waiting for us. Lunch was also ready.
3.00 p.m.It was time to go home. Grandpa gave us some fruits to take home. I felt sad because I like being at Grandpa’s house. It’s not too noisy and the air was fresh. Wish to visit them more often.

contoh karangan upsr percutian di pulau langkawi

Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.

       Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.

       Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat.

       Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.

       Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.

       Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

CONTOH KARANGAN UPSR-IBU YANG SAYA SAYANGI

Ibu saya bernama Puan Shakimah binti Ahmad.Ibu saya berusia 38 tahun.Ibu saya merupakan anak kelima daripada lima orang adik-beradik.

       Ibu saya bekerja sebagai seorang doktor di sebuah Pusat Kesihatan di Seksyen 7 Shah Alam.Walaupun ibu seorang yang sibuk,ibu akan sentiasa memastikan tanggungjawab terhadap keluarga tidak terabai.Oleh itu,seorang orang gaji,Kak Leha ditugaskan untuk membantu ibu membuat kerja-kerja rumah.
     
       Ibu mempunyai raut wajah yang menarik.Ibu seorang yang penyayang terhadap kami.Sekiranya kami melakukan sesuatu kesalahan,ibu akan menegur dan mengingatkan kami agar tidak mengulangnya.

       Ibu mahu kami adik-beradik berjaya dalam pelajaran dan ringan tulang untuk membantu ibu dalam membuat kerja-kerja rumah.Untuk memastikan saya berjaya dalam pelajaran,ibu telah menghantar saya mengikuti kelas tambahan di Pusat Tuisyen Versatil.Saya belajar bersungguh-sungguh agar ibu tidak kecewa.

       Sekiranya ada masa lapang,ibu dan ayah akan membawa kami makan angin di pusat peranginan.Biasanya kami pergi ke Port Dickson kerana pantainya bersih dan udaranya segar,Kami sering menginap di hotel yang menyediakan kolam renang.

       Kami amat sayang akan ibu.Kami tidak pernah membantah kata-kata ibu.Kami selalu berdoa agar ibu menyayangi kami sepanjang hayat kami.

----------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------------

Ucapan.
Korang buatlah karangan supaya dapat marakah penuh.Buat karangan biar ada isi jangan tak ada isi and then pendahuluan tu jangan banyak sangat.K bye!!!