Tuan / Puan, Hari Mengambil Buku Laporan ADAB Belajar Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2004 telah selesai dijalankan pada 23.6.2004. Dengan itu tuan/puan dijemput datang ke sekolah pada tarikh dan masa berikut untuk membincangkan keputusan peperiksaan dan perkara-perkara yang berhubung dengan pelajaran anak tuan / puan serta menandatangani buku laporan ADAB Belajarnya dengan guru kelas masing-masing.
2. Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan ibu bapa / penjaga dengan guru di samping bersama-sama berusaha untuk meningkatkan pencapaian anak tuan/puan dalam bidang akademik. 3. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan sangat-sangat dihargai. Sekian. Yang menurut perintah, (ZULKHAIRI YAZID) Guru Besar. |
Sabtu, 23 Ogos 2014
Contoh Karangan UPSR Surat Rasmi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan