Amir | : |
Selamat pagi Hasif.
|
Hasif | : |
Selamat pagi. Eh, rupanya awak Amir!
|
Amir | : |
Awak dah makan? Apa yang sedang awak fikirkan?
|
Hasif | : |
Sudah. Saya sedang memikirkan kerja rumah yang bertimbun ni. Hari ini cikgu beri yang lain pula. Yang semalam pun tak siap lagi. Apakah yang harus saya lakukan?
|
Amir | : |
Oh, itu yang awak fikirkan! Latihan-latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Jangan amalkan sikap suka bertangguh kerana �Bertangguh Pencuri Masa�.
|
Hasif | : |
Oh, begitu! Awak tahu, kadang-kadang saya rasa kerja rumah ni membebankan.
|
Amir | : |
Jangan begitu. Sebenarnya kerja rumah yang cikgu beri tu banyak faedahnya.
|
Hasif | : |
Boleh awak beritahu apakah faedahnya?
|
Amir | : |
Banyak. Salah satunya ialah kita dapat mengisi masa lapang. Masa Itu Emas. Jadi, masa yang terluang dapat dipenuhkan dengan membuat kerja rumah. Hal ini menggalakkan kita menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
|
Hasif | : |
Oh, begitu! Apakah faedah yang lain selain daripada mengisi masa lapang?
|
Amir | : |
Kerja rumah juga menggalakkan murid-murid mengulangkaji pelajaran mereka. Dengan membuat banyak latihan, secara tidak langsung membolehkan murid-murid memahami sesuatu tajuk dan mengingati formula-formula penting.
|
Hasif | : |
Kalau begitu, saya berjanji akan membuat kerja yang diberi dan tidak akan menangguhkannya lagi.
|
Amir | : |
Baguslah kalau awak dah faham. Ini kerana kerja rumah yang diberikan oleh guru itu dapat membantu kita untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan jika kita rajin membuatnya.
|
Hasif | : |
Terima kasih kerana sudi berkongsi idea. Loceng dah berbunyi. Mari kita masuk ke kelas.
|
Amir | : |
Sama-sama. Marilah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan