Sabtu, 23 Ogos 2014

Contoh Karangan UPSR Autobaiografi Kegunaan Batik

   Batik merupakan hasil seni yang terkenal di Malaysia. Batik amat sinonim dengan negeri Kelantan kerana negeri tersebut merupakan pengeluar batik utama di negara ini. Perusahaan batik ini telah turun-temurun diwarisi oleh masyarakat Kelantan.

      Perusahaan batik di negeri Kelantan banyak tertumpu di sekitar bandar Kota Bharu. Terdapat dua jenis batik, iaitu batik lukis dan batik tekap. Batik lukis dihasilkan melalui corak yang dilukis menggunakan canting dan lilin. Manakala batik tekap pula dihasilkan menggunakan alat khas yang terdiri daripada beberapa jenis corak.

      Pada masa kini, pemakaian batik biasanya dikaitkan dengan golongan berada. Batik juga dipakai semasa majlis-majlis rasmi yang melibatkan orang-orang kenamaan. Oleh yang demikian, harga yang ditawarkan untuk baju batik agak tinggi berbanding dengan harga baju-baju yang biasa dipakai.

      Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan batik kepada masyarakat dunia dengan mengadakan kempen, menganjurkan pameran dan mengeksport batik ke luar negara. Melalui pendekatan ini diharap batik akan menjadi salah satu sumber ekonomi yang mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan