Sabtu, 23 Ogos 2014

Contoh Karangan UPSR Surat Kiriman Rasmi



Persatuan Seni dan Visual,
Sekolah Kebangsaan Padang Titi,
62100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tuan Pengurus,
Syarikat Batik Sri Mas,
15000 Kota Bharu,
KELANTAN DARUL NAIM.
23 JULAI 2003.

Tuan,

Kebenaran Melawat Kilang Batik Sri Mas

Sukacita dimaklumkan bahawa, dalam mesyuarat Persatuan Pendidikan Seni dan Visual yang lalu, kami telah bersetuju untuk melawat kilang batik syarikat tuan.

2.     Sehubungan itu, besarlah harapan kami jika pihak tuan bersetuju dengan rancangan kami tersebut.

3.     Butiran lawatan kami adalah sebagaimana berikut :

Tarikh:20 Ogos 2003
Masa:2.00-5.00 petang
Peserta:45 orang murid
4 orang guru pengiring

4.     Lawatan tersebut adalah sebagai memenuhi aktiviti tahunan persatuan ini di samping dapat mendedahkan murid-murid tentang cara-cara menghasilkan batik.

5.     Besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat memberi jawapan secepat mungkin agar kami dapat mengambil tindakan seterusnya.

6.     Atas kerjasama dan pertimbangan pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

    
(MARINI MOHAMMAD)
Setiausaha Seni dan Visual,
Sekolah Kebangsaan Padang Titi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan