Sabtu, 23 Ogos 2014

Contoh Karangan UPSR Dialog


Amir:
Selamat pagi Hasif.
Hasif:
Selamat pagi. Eh, rupanya awak Amir!
Amir:
Awak dah makan? Apa yang sedang awak fikirkan?
Hasif:
Sudah. Saya sedang memikirkan kerja rumah yang bertimbun ni. Hari ini cikgu beri yang lain pula. Yang semalam pun tak siap lagi. Apakah yang harus saya lakukan?
Amir:
Oh, itu yang awak fikirkan! Latihan-latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Jangan amalkan sikap suka bertangguh kerana �Bertangguh Pencuri Masa�.
Hasif:
Oh, begitu! Awak tahu, kadang-kadang saya rasa kerja rumah ni membebankan.
Amir:
Jangan begitu. Sebenarnya kerja rumah yang cikgu beri tu banyak faedahnya.
Hasif:
Boleh awak beritahu apakah faedahnya?
Amir:
Banyak. Salah satunya ialah kita dapat mengisi masa lapang. Masa Itu Emas. Jadi, masa yang terluang dapat dipenuhkan dengan membuat kerja rumah. Hal ini menggalakkan kita menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
Hasif:
Oh, begitu! Apakah faedah yang lain selain daripada mengisi masa lapang?
Amir:
Kerja rumah juga menggalakkan murid-murid mengulangkaji pelajaran mereka. Dengan membuat banyak latihan, secara tidak langsung membolehkan murid-murid memahami sesuatu tajuk dan mengingati formula-formula penting.
Hasif:
Kalau begitu, saya berjanji akan membuat kerja yang diberi dan tidak akan menangguhkannya lagi.
Amir:
Baguslah kalau awak dah faham. Ini kerana kerja rumah yang diberikan oleh guru itu dapat membantu kita untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan jika kita rajin membuatnya.
Hasif:
Terima kasih kerana sudi berkongsi idea. Loceng dah berbunyi. Mari kita masuk ke kelas.
Amir:
Sama-sama. Marilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan