Sabtu, 23 Ogos 2014

Contoh Karangan UPSR Ucapan

   Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, guru besar, panel hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah 'Faedah Bersukan'.

Hadirin yang dihormati,

     Kita sedia maklum bahawa bersukan banyak memberi manfaat kepada kita. Antara faedah bersukan ialah dapat menyihatkan badan. Badan kita akan menjadi cergas. Apabila badan cergas, kita akan terhindar daripada penyakit. Darah juga akan beredar dengan lancar.

     Di samping itu, otak kita akan menjadi cerdas. Apabila otak cerdas, kita dapat menerima pelajaran yang diajar dengan baik. Prestasi dalam pelajaran juga akan meningkat.

     Bersukan juga dapat mengisi masa yang terluang. Dengan ini, kita dapat menghindarkan diri daripada anasir-anasir yang tidak baik.

     Selain itu, kita tidak akan mudah berasa bosan apabila melibatkan diri dalam sukan. Jika banyak kegiatan sukan yang diceburi, kita akan lebih berasa bersemangat. Kita juga akan sentiasa ceria dan gembira. Antara kegiatan yang boleh kita ceburi ialah bermain bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan lain-lain.

     Setakat ini sahaja syarahan saya. Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya tegaskan betapa pentingnya kegiatan sukan kepada kita.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan